Sunday, November 27, 2005
as I witness people from all walks of life, I begin to revel in my view of how people use, or rather, misuse languages.
kalau hendak berbahasa inggeris, berbahasalah dengan baik. saya tidak akan berasa terpegun atau kagum apabila anda menggunakan bahasa inggeris dalam perbualan anda kerana saya tahu penggunaannya salah sama sekali. apalah gunanya jika anda cuba menunjuk-nunjuk di depan orang bahawa anda seorang "english speaker" walhal kosa kata anda terhad, penyusunan kata-kata anda bercelaru dan penyebutan perkataan-perkataan inggeris itu salah.
saya bukan ingin mengutuk atau apa-apa yang sewaktu dengannya tetapi saya rasa apa-apa bahasa pun yang kita gunakan, kita harus menggunakannya dengan baik.
selain itu, saya juga berpendapat bahawa bahasa yang kita gunakan juga harus tepat pada tempatnya. contohnya, dengan siapa kita bertutur dan di mana kita bertutur sangatlah penting. adakah kita berbahasa inggeris dengan nenek atau datuk kita sedangkan kita sedar mereka tidak berapa faham dengan bahasa asing itu? perlukah kita menunjuk-nunjuk di hadapan orang tua kita sendiri? kononnya budak-budak zaman sekarang tidak fasih berbahasa melayu. kononnya budak-budak zaman sekarang hanya tahu berbahasa inggeris. kita mengagung-agungkan barat dan bahasa sendiri kita asingkan. adakah itu yang sewajarnya?
satu lagi contoh ialah apabila kita berada di majlis-majlis yang menggambarkan keislaman, di mana perginya bahasa melayu? memang tidak dapat dinafikan bahawa bahasa inggeris itu bersifat syumul dan universal dan lebih selesa digunakan dalam sesebuah majlis yang dihadiri oleh orang-orang daripada pelbagai kaum. namun, saya tetap berfikiran bahawa bahasa melayu masih dapat diselitkan, bukan?
I'm a language lover. I don't like languages to be abused. it's not wrong to enhance your self by using the english language. but as we improve ourselves, we should not forget our own ethnic language. do you think you do well enough in your english exams even if you speak english all the time? by that, I do not mean speaking good english. quoting from my former english teacher, "you can speak but you may not write. alternatively, you can write but you may not speak."
furthermore, it is the language that differentiates us from the other ethnic groups isn't it?